![[3346770125_9ea0a4a185.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpfDneKT1J4fPwPkv2DRjN1nBKOFg3WG-c7HI7umLFl1fPv9R7-ZVv9OFVpPeEXJ_FL2yS2bg42i1cAwetCDvsRX4m7OXurUPabqKjnGtt5DBOZsxLHE6JyPZboqd7zerrSDY9v-P-3UTy/s1600/3346770125_9ea0a4a185.jpg)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Ketika
Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah
dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya
Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan
doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham
menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:
(1) Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
(2) Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
tinggalkan sunnahnya.
(3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-
Quran.
(4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
syukurnya.
(5) Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
menentangnya.
(6) Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
beramal untuknya.
(7) Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
lari daripadanya.
(8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
bersedia baginya.
(9) Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
lupa keaiban kamu sendiri.
(10)Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
jadikan pelajaran bagi mereka.
Semoga kita menyedari akan
kekhilafan dan kekurangan kita dan berusaha untuk memperbaikinya. Moga
ALLAH membantu kita krn kita sangat perlukan pertolonganNYA untuk
mencapai REDHA dariNYA.. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH dan mohon agar
ALLAH memberikan petunjuk kepada jalan kebenaran. Kadang-kadang tidak
pernah dinafikan kita tersalah dalam melangkah dan pernah tergelincir
tetapi ingatlah bahawa rahmat ALLAH itu maha luas dan diberikan kepada
sesiapa yang dikehendakinya. Moga kita adalah antara mereka yang
tergolong dalam golongan yang dikasih oleh ALLAH taala. First, kenalilah
DIA,,kita pasti jatuh cinta.. ALLAHURABBI
Related Article:
0 comments:
Post a Comment